Thursday 26 December 2013

musim sejuk ~

Assalamualaikum !

haaa dah lama tak update kan ? biasa laa menjalani hidup sebagai insan yang perlu mengejar ilmu yang segalanya penting dalam arus modenisasi dan globalisai ni , lahaii terbawa bawa pulakkk , hehe SPM kak oiiii , biasala (bukan belajar mana pun -.-) . so , alang alang dah ada banyak masa terluang lepas SPM ni boleh la kalau kalau aku nak berblogging . actually masih kekok sikit sebab dah lama tak berblogging ni baru ada masa lepas kesibukan dan segalanya dah selesai .

well actually dah lega sikit lepas SPM ni terasa lega sedikit sebanyak tak perlu fikir apa apa lagi (ehh , STOP ! RESULT cemanaaaaa ??!?!?!?) hmm takpelah yang tu tawakal je la dengan Allah ye dok ? kita dah berusaha kita serahkan semuanya pada-Dia, saya ni pelajaran kurang sikit :(

awal awal lagi mama dah planning nak balik kampung , nak dijadikan cerita selang sehari lepas habis paper 4hb haritu , 6hb terus balik kampung yang seronoknya semua adik beradik balik (melawat orang orang tua orang sakit gamoknyeee , yang muda muda banyak pergi merayau je -,-) Alhamdulillah everything went well , aku kena balik naik bas sorang sorang malam 5hb tu , agak gementar but its okay , pengalaman kata orang kan ? otw balik kl awan dah mula meluahkan airnya bagai menangisi kepulangan kami sekeluarga , Alhamdulillah selamat sampai kl jam 11 - 12 malam . (boyfriend i ngamuk malam i balik ni :( entah kenapa...hihi)

berbalik pada topik asal (alahai dari kl sampai ke kelantan ke kl balik belum start lagi cerita -.-) . haaa musim sejuk ni seronok korang terbongkang kan ? kalau sejuk sejuk ni biasa lah perut cepat lapar , ni lumrah alam tau ! bukan aku pepandai reka cerita , so faham faham aku rajin je nak masak masak , bagi aku makan ruji kedua bagi rakyat Malaysia iaitu maggi (hehe , pepandai) bersama sama telur , dengan teh o ais dah cukup untuk menggiurkan selera makan aku (badan dah ngalahkan fishball !)

hmmm , boring sebenarnya memanjang duduk rumah , takda buat apa tapi kadang kadang jaga juga anak buah tu , aku sebenarnya nak kerja tapi mama aku tak bagi , so aku kena ikut cakap dia ambil lesen kereta motor dulu , dan aku sedikit gementar sebab aku takpandai langsung bawa kereta lagi lagi motor , dan sabtu ni 28hb aku ada ceramah untuk lesen , apa apa pun doakan aku ye ? sampai sini je dulu .

Terima Kasih (macam buat artikel pulak)
Jumpa lagi (tanpa bersua muka , hehe)

Saturday 16 March 2013

One Year Anniversary !!!

ahai hai hai ! Assalamualaikum , Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia ! 
ehh ehh , amboi amboi , semangat pulaaa ! aku happy ni :)
actually on 21st february haritu genap dah kitaorang setahun :)
Happy One Year Anniversary BABY ! korang tahu apa dia bagi ?
tadaaaaa ! heee , hadiah Anniversary dengan Birthday :)


heee , thanks mok !! errr gambar ni tak boleh rotate -.- aku malas ! besar gilaaa , separuh katil tempat dia jeee , heeee , thanksss sangat sangat , and dia ada bagi surat :) tapi tak boleh laa beritahu , secret ! Iloveyou soooooo much sayang ! :* actually banyak lagi nak cerita , tapi kesuntukan masa , maaf yeee , nanti kita sambung lagi :) byeeee !

Saturday 15 December 2012

ohh life

haii , Assalamualaikum !
haaa , dah lama aku tak update kan ? ermm , update ni pun sebab buah hati yang minta aku update , dia beriya takbagi aku deactive blog ni , entah kenapa , itu aku tak tahu , sayang betul dia dengan blog aku ni , hehe , anyway thanks sayang ! :)

antara salah satu nya sebab aku tak update blog ni sebab laptop takdak , kakak aku pinjam ,. so aku tanak la minta dia , segan pula , hehe , harini aku pin jam kejap , dah alang alang cuti tuu .
eh ehhh bercakap pasal cuti , mesti korang pelik kan ? padahal selama ni cuti juga , cuti sekolah kan ?

actually aku kerja , kerja kilang je pun , kilang chocolate Beryl's aku jamin mesti ramai antara peminat chocolate tahu chocolate Beryls tu kan ? aku kerja part-time je sementara cuti sekolah ni , nak cari duit lebih sikit :) lagi pun duduk rumah tak ada buat apa . jaga anak abang aku je memanjang .

hari pertama kerja , aku dah ada sorang musuh ketat sangat sangat , and ada lagi sorang tu musuh biasa je , and dengan semua orang kilang tu semua aku okay jee , Alhamdulillah :) nak cakap aku jahat ? hmmm , aku tak kisah , aku pun bukannya baik sangat . and pasal musuh ketat tu korang nak tahu kenapa dia boleh jadi musuh ketat aku ? dia suka buli budak part-time , kawan aku pun kena juga dengan dia , mulut berbisa , suka menyindir , dia tu satu kepala lah dengan musuh biasa aku tu .

dah cerita pasal kerja ni , ada lah pula berkait dengan hubungan aku dengan dia , bila dah kerja ni korang faham-faham lah kan , memang letih tak ingat dunia , mungkin itu semua biasa kot pada orang yang dah biasa bekerja , tapi tak pada aku , maybe badan aku tak sesuai kot kerja macam tu ,  bila dah balik mesti lah letih kan , terlelap , makan pun tak tentu , contact dengan si dia pun jarang :( , memang aku akui semua tu , sedih rasanya kalau aku berada di tempat dia , and aku dapat rasa apa yang dia rasa , macam tak dihargai kan ? tapi sesibuk mana pun kerja , aku ak pernah lupa nak wish "goodmorning" untuk dia .

apa pun aku sayang dia sangat sangat , aku selalu teringat dia time kerja , ahaiii betapa teruknya aku , kekadang tersenyum sorang sorang time kerja , malu betul kalau ada orang perasan aku senyum . hahh okay lah aku sambung update lain :) byeeee !

Thursday 27 September 2012

aku sedih ~

assalamualaikum .
korang tahu tak apa itu sayang ? kalau takde sayang takde lah cinta kan ? now aku nak cakap yang aku betul betul sayang kan dia , and tiba tiba ada orang lain yang suka dia juga , ohh you know how it feels when those things happens , it hurts me ! yeahhh , it hurts me .

aku tak kisah kalau dia pun suka orang tu , tapi aku takut aku yang tak boleh lupakan dia , banyak memori yang aku rasa memang tak boleh aku nak lupa , kitaorang pernah break , tapi kitaorang get back sebab aku tak boleh lupakan dia . yeee memang susah nak lupakan orang yang kita sayang .

Friday 24 August 2012

halal ke haram ?

Assalamualaikum !
haaa , berdasarkan tajuk dekat atas tu , mesti korang tertanya-tanya kenapa kann ? macam ni , semalam saya mimpi , tahu tak dalam mimpi tu , masa tu saya pergi MINES dengan classmate saya , lepastu kami haus , dahaga barang STARBUCKS , tiba tiba ramai pula orang beratur , lama sanat tunggu rupa rupanya dah habis , cashier tu pun suruh kami pergi cafe besar , tiba tiba je kami sampai dekat depan stor arak CARLSBERG , apa makna mimpi tu ?

kalau difikir secara logik , kita dah boleh mendalami maksud mimpi saya tu kan ? mungkin haram , tapi saya bukan lah sesiapa untuk menghakimi benda tu halal atau haram , hmm okey lah , itu saja untuk kali ini , harap mana mana pihak tidak tersinggung dengan entry saya , bye , assalamualaikum :')



Saturday 28 July 2012

tentang kita

aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa terlalu lemah , hati aku ni terlalu lembut macam sponge , mata aku ni mudah sangat mengalir , bila aku terfikirkan hubungan kita mesti aku rasa sedih , hati aku ni rasa berat sangat nak tinggalkan kau .

bukan senang aku nak lupakan kau macam tu je , bila kita dah jauh nanti , mesti aku selalu teringatkan kau , kau terlalu baik pada aku , kau jaga aku , jaga makan minum aku , jaga kesihatan aku , kau tak pernah lupa ubat aku , setiap pagi nak pergi sekolah , kau mesti kejut aku walaupun sebelum tidur kita bergaduh , aku SAYANG kau sangat sangat! : )

setiap kali kita jumpa , kita mesti bergaduh , masing masing nak menang jee , bila dua dua dah fed-up masing masing masam muka , lepastu ketawa sama sama , setiap kali jumpa macam tu lah kita , bila aku merajuk kau yeyee pujuk aku , sampai sanggu call aku semata mata nak tanya aku okay ke tak (kau memang caring) , time tu lah aku saja nak uji kau , aku takkan pernah lupa memori kita .

harini , satu hari dia keluar dengan family dia berbuka dekat luar , aku tak suka ganggu dia bila dia sibuk or dekat luar , kalau text pun dia lambat reply , sebab tu lah aku tanak text , terasa macam aku ni mengganggu dia , bila dia late reply , mula lah aku takde mood , jam lapan tadi aku tanya dia sama ada dia still dekat luar or dah pulang , dia kata dia masih diluar maybe pulang lewat , baru sekejap ni jam sebelas lebih aku text dia nak minta maaf sebab aku takde mood , apa yang aku dapat ? "RM0:Your SMS didn't reach 01*-******* as the phone is switched OFF. It'll be sent once the phone is switched on."

hmm , bila dia nak on phone ? sumpah aku rasa bersalah , Ya Allah , jagakan dia untuk aku , aku terlalu sayangkan dia , aku harap dia okey jee , dah laa dia tak sihat , aku terlalu risau kan dia , dia dah makan ubat ke ? hope dia tak lupa makan ubat , hmm dia ni buat aku risau jeee , Alhamdulillaah , battery phone dia mati rupa nyaaa.

sayang , aku minta maaf jika hati aku ni bukan lagi untuk kau , aku tak layak untuk kau , aku selalu buat kau sedih , kecewa , aku selalu buat kau marah , aku tak pernah hargai kasih sayang kau , kadang kadang aku jahil , tak kenal siapa kau even dah lama kita kenal .

kalau aku pergi dulu , aku harap kau tak lupakan aku , aku harap kau tak lupakan hubungan kita , dan aku doakan yang terbaik buat diri dan masa depan kau , aku nak kau selalu doakan aku , aku taknak tinggalkan kau dalam waktu kita masih couple , aku tak sanggup , bieee , aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat sangat bieee ! iLOVEyou so much !

Friday 27 July 2012

Happy Ramadhan Al-Mubarak !

hey guys , Assalamualikum !
haaa , korang korang ni puasa tak ? hehe , mesti ada antara korang yang tertanya tanya kenapa aku lambat update kan ? *ehh , perasan jee , hehe , okay lah , bulan puasa ni mesti ada yang TANPA SENGAJA tak berpuasa kan ? ramai orang yang tak sihat bulan puasa ni , dengan cuaca yang agak panas , hmm saya pun tak sihat seminggu ni , dah dua hari cuti puasa *opsss , laa kan dah kantoi , shhhh , diam tau ? korang jee yang tahu .

Ya Allah ! lupa pula , selamat menyambut bulan ramadhan ! haaa , sempena bulan yang mulia ni , saya nak minta maaf banyak banyak if saya ada terkasar bahasa atau tersilap kata dengan sesiapa kan ? yelahh , senjata yang paling tajam dalam dunia ialah lidah manusia kan ? mana tahu ada salah silap kitaaa .

korang ada pergi bazaar ramadhan tak ? ish ish ishhh , dekat bazaar ramadhan taman sri serdang ni , ramai nyaaaa orang , sesak ! kalau korang nak cari orang yang hilang pun payah , murtabak dekat sini , bestnyaaa , Murtabak Hafiz ! antara diaorang diaorang tu , dulu senior sekolah saya , baik baik diaorang tu , orang pergi dekat gerai dia tak putus putus , datang lah bazaar dekat sini . Ada lagi satu tu , gerai Roti John dengan Oblong , sedap oblong diaaaa , first day puasa saya berbuka makan oblong , alahai sedap ! hmm tak sabar nak raya *tiba tiba jee sebuat pasal raya , hehehehehe .

eh ehhh , sebut pasal raya , baju raya korang dah siap ? dah beli ? hmm kita tak tahu laa ada baju raya ke tak :'( atuk tak sihat , kakak tak boleh jahit , maybe malam raya nanti kami ronda jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) kot , hehe , malam malam raya tuu , harga semua turun macam hujan ! mesti habis duit shopping kan ? lagi lagi beli bajuuu ,


ehhh , letih lah menaip , korang tahu tak ,masa first day puasa tu , saya buat karamel , tapi agak tak jadi sebab terlalu lembut , tapi best sangattttt ! nanti kita upload pic ehh , kita TERlebih rajin nak buat lagi esok , ramai dekat rumah esok , boleh lah buat banyak , hehe , nak ? jom mai rumah :')


ohhh , kesempatan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam , mama , kakbang saya , kawan kawan , ecspecially bestie saya , Nor Asiah Rosdee , Aida Shamin Marazian , Lia Latisha Razali , Tuan Nurain alahaiiiiii , rindu nyaaa dekat dia ! kepada buahati yang comel , selamat berpuasa , rajin rajin doakan saya yeee :') sayang awak sangat sangat !

apa apa pun , selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar , semoga puasa ni menjadi puasa yang diberkati , mungkin ini puasa kita buat kali terakhir , siapa tahu kan ? takdir Allah , kita tak tahu , itu semua kuasa Allah :') and Selamat Hari Raya !

#ohh yeeee , terima kasih kepada buahati saya ,  tolong kejut saya lepas sahur nak pergi sekolah , thank you so much sayang ! :*


Assalamualaikum :')