Thursday 26 December 2013

musim sejuk ~

Assalamualaikum !

haaa dah lama tak update kan ? biasa laa menjalani hidup sebagai insan yang perlu mengejar ilmu yang segalanya penting dalam arus modenisasi dan globalisai ni , lahaii terbawa bawa pulakkk , hehe SPM kak oiiii , biasala (bukan belajar mana pun -.-) . so , alang alang dah ada banyak masa terluang lepas SPM ni boleh la kalau kalau aku nak berblogging . actually masih kekok sikit sebab dah lama tak berblogging ni baru ada masa lepas kesibukan dan segalanya dah selesai .

well actually dah lega sikit lepas SPM ni terasa lega sedikit sebanyak tak perlu fikir apa apa lagi (ehh , STOP ! RESULT cemanaaaaa ??!?!?!?) hmm takpelah yang tu tawakal je la dengan Allah ye dok ? kita dah berusaha kita serahkan semuanya pada-Dia, saya ni pelajaran kurang sikit :(

awal awal lagi mama dah planning nak balik kampung , nak dijadikan cerita selang sehari lepas habis paper 4hb haritu , 6hb terus balik kampung yang seronoknya semua adik beradik balik (melawat orang orang tua orang sakit gamoknyeee , yang muda muda banyak pergi merayau je -,-) Alhamdulillah everything went well , aku kena balik naik bas sorang sorang malam 5hb tu , agak gementar but its okay , pengalaman kata orang kan ? otw balik kl awan dah mula meluahkan airnya bagai menangisi kepulangan kami sekeluarga , Alhamdulillah selamat sampai kl jam 11 - 12 malam . (boyfriend i ngamuk malam i balik ni :( entah kenapa...hihi)

berbalik pada topik asal (alahai dari kl sampai ke kelantan ke kl balik belum start lagi cerita -.-) . haaa musim sejuk ni seronok korang terbongkang kan ? kalau sejuk sejuk ni biasa lah perut cepat lapar , ni lumrah alam tau ! bukan aku pepandai reka cerita , so faham faham aku rajin je nak masak masak , bagi aku makan ruji kedua bagi rakyat Malaysia iaitu maggi (hehe , pepandai) bersama sama telur , dengan teh o ais dah cukup untuk menggiurkan selera makan aku (badan dah ngalahkan fishball !)

hmmm , boring sebenarnya memanjang duduk rumah , takda buat apa tapi kadang kadang jaga juga anak buah tu , aku sebenarnya nak kerja tapi mama aku tak bagi , so aku kena ikut cakap dia ambil lesen kereta motor dulu , dan aku sedikit gementar sebab aku takpandai langsung bawa kereta lagi lagi motor , dan sabtu ni 28hb aku ada ceramah untuk lesen , apa apa pun doakan aku ye ? sampai sini je dulu .

Terima Kasih (macam buat artikel pulak)
Jumpa lagi (tanpa bersua muka , hehe)