Saturday 28 July 2012

tentang kita

aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa terlalu lemah , hati aku ni terlalu lembut macam sponge , mata aku ni mudah sangat mengalir , bila aku terfikirkan hubungan kita mesti aku rasa sedih , hati aku ni rasa berat sangat nak tinggalkan kau .

bukan senang aku nak lupakan kau macam tu je , bila kita dah jauh nanti , mesti aku selalu teringatkan kau , kau terlalu baik pada aku , kau jaga aku , jaga makan minum aku , jaga kesihatan aku , kau tak pernah lupa ubat aku , setiap pagi nak pergi sekolah , kau mesti kejut aku walaupun sebelum tidur kita bergaduh , aku SAYANG kau sangat sangat! : )

setiap kali kita jumpa , kita mesti bergaduh , masing masing nak menang jee , bila dua dua dah fed-up masing masing masam muka , lepastu ketawa sama sama , setiap kali jumpa macam tu lah kita , bila aku merajuk kau yeyee pujuk aku , sampai sanggu call aku semata mata nak tanya aku okay ke tak (kau memang caring) , time tu lah aku saja nak uji kau , aku takkan pernah lupa memori kita .

harini , satu hari dia keluar dengan family dia berbuka dekat luar , aku tak suka ganggu dia bila dia sibuk or dekat luar , kalau text pun dia lambat reply , sebab tu lah aku tanak text , terasa macam aku ni mengganggu dia , bila dia late reply , mula lah aku takde mood , jam lapan tadi aku tanya dia sama ada dia still dekat luar or dah pulang , dia kata dia masih diluar maybe pulang lewat , baru sekejap ni jam sebelas lebih aku text dia nak minta maaf sebab aku takde mood , apa yang aku dapat ? "RM0:Your SMS didn't reach 01*-******* as the phone is switched OFF. It'll be sent once the phone is switched on."

hmm , bila dia nak on phone ? sumpah aku rasa bersalah , Ya Allah , jagakan dia untuk aku , aku terlalu sayangkan dia , aku harap dia okey jee , dah laa dia tak sihat , aku terlalu risau kan dia , dia dah makan ubat ke ? hope dia tak lupa makan ubat , hmm dia ni buat aku risau jeee , Alhamdulillaah , battery phone dia mati rupa nyaaa.

sayang , aku minta maaf jika hati aku ni bukan lagi untuk kau , aku tak layak untuk kau , aku selalu buat kau sedih , kecewa , aku selalu buat kau marah , aku tak pernah hargai kasih sayang kau , kadang kadang aku jahil , tak kenal siapa kau even dah lama kita kenal .

kalau aku pergi dulu , aku harap kau tak lupakan aku , aku harap kau tak lupakan hubungan kita , dan aku doakan yang terbaik buat diri dan masa depan kau , aku nak kau selalu doakan aku , aku taknak tinggalkan kau dalam waktu kita masih couple , aku tak sanggup , bieee , aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat sangat bieee ! iLOVEyou so much !

Friday 27 July 2012

Happy Ramadhan Al-Mubarak !

hey guys , Assalamualikum !
haaa , korang korang ni puasa tak ? hehe , mesti ada antara korang yang tertanya tanya kenapa aku lambat update kan ? *ehh , perasan jee , hehe , okay lah , bulan puasa ni mesti ada yang TANPA SENGAJA tak berpuasa kan ? ramai orang yang tak sihat bulan puasa ni , dengan cuaca yang agak panas , hmm saya pun tak sihat seminggu ni , dah dua hari cuti puasa *opsss , laa kan dah kantoi , shhhh , diam tau ? korang jee yang tahu .

Ya Allah ! lupa pula , selamat menyambut bulan ramadhan ! haaa , sempena bulan yang mulia ni , saya nak minta maaf banyak banyak if saya ada terkasar bahasa atau tersilap kata dengan sesiapa kan ? yelahh , senjata yang paling tajam dalam dunia ialah lidah manusia kan ? mana tahu ada salah silap kitaaa .

korang ada pergi bazaar ramadhan tak ? ish ish ishhh , dekat bazaar ramadhan taman sri serdang ni , ramai nyaaaa orang , sesak ! kalau korang nak cari orang yang hilang pun payah , murtabak dekat sini , bestnyaaa , Murtabak Hafiz ! antara diaorang diaorang tu , dulu senior sekolah saya , baik baik diaorang tu , orang pergi dekat gerai dia tak putus putus , datang lah bazaar dekat sini . Ada lagi satu tu , gerai Roti John dengan Oblong , sedap oblong diaaaa , first day puasa saya berbuka makan oblong , alahai sedap ! hmm tak sabar nak raya *tiba tiba jee sebuat pasal raya , hehehehehe .

eh ehhh , sebut pasal raya , baju raya korang dah siap ? dah beli ? hmm kita tak tahu laa ada baju raya ke tak :'( atuk tak sihat , kakak tak boleh jahit , maybe malam raya nanti kami ronda jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) kot , hehe , malam malam raya tuu , harga semua turun macam hujan ! mesti habis duit shopping kan ? lagi lagi beli bajuuu ,


ehhh , letih lah menaip , korang tahu tak ,masa first day puasa tu , saya buat karamel , tapi agak tak jadi sebab terlalu lembut , tapi best sangattttt ! nanti kita upload pic ehh , kita TERlebih rajin nak buat lagi esok , ramai dekat rumah esok , boleh lah buat banyak , hehe , nak ? jom mai rumah :')


ohhh , kesempatan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam , mama , kakbang saya , kawan kawan , ecspecially bestie saya , Nor Asiah Rosdee , Aida Shamin Marazian , Lia Latisha Razali , Tuan Nurain alahaiiiiii , rindu nyaaa dekat dia ! kepada buahati yang comel , selamat berpuasa , rajin rajin doakan saya yeee :') sayang awak sangat sangat !

apa apa pun , selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar , semoga puasa ni menjadi puasa yang diberkati , mungkin ini puasa kita buat kali terakhir , siapa tahu kan ? takdir Allah , kita tak tahu , itu semua kuasa Allah :') and Selamat Hari Raya !

#ohh yeeee , terima kasih kepada buahati saya ,  tolong kejut saya lepas sahur nak pergi sekolah , thank you so much sayang ! :*


Assalamualaikum :')

Friday 6 July 2012

sumpah terasa !

hmm , sumpah terasa dengan perangai korang , seriously aku kecil hati gila dengan korang , aku gila gila hargai korang , aku dah anggap korang macam diri aku sendiri , kau adalah aku and aku adalah kau , bila kau rasa down gilaaa , semuanya cari aku , bila ada problem semua mengadu pada aku , aku yang selalu tolong fikir masalah korang , kadang kadang TERnangis untuk masalah korang , and sampai aku sendiri yang sakit , tapi apa yang korang tahu ?

bila korang sakit aku selalu ingatkan korang jaga makan minum , jangan lewat makan , jangan lupa makan ubat , tapi bila aku sakit , ada korang ambil tahu ? bila korang sakit , aku bagai nak gila fikirkan kesihatan korang , tapi kalau aku sakit , ada sesiapa kisah ?

seriously aku rasa macam aku dah tak hidup lagi dalam dunia ni , takde sorang pun yang kisah pasal aku , even mama aku sendiri pun tak ambil kisah tentang aku , sumpah aku terasa , boleh kata setiap malam aku nangis bila fikir kenapa mama tak kisah kan aku , sumpah sedih .

bila aku bilang aku sakit , korang hanya mampu senyum and say "okay" sumpah aku terasa gila ! tapi aku tetap hargai korang sebab aku dah lama kawan dengan korang , dah empat tahun kawan dengan korang , semua tentang korang semua aku tahu .

buahati , please jangan terlalu risau kan i , i okay je sayang , i tak pernah rimas bila you tanya i dah makan ubat ke belum , i hargai apa yang you buat , i faham you buat semua tu sebab you sayangkan i , thank you so much :') iLOVEyouu !